singapore.drama.educators.association


 
 



mempersembahkan
Connections: Forum Pendidikan Seni
Topik: Pembelajaran Bahasa Melayu dan Budaya melalui Seni

12 April 2008, Sabtu
9pagi – 12.30 tengah hari (pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi)
NorthLight School, 2 Dunman Road (439188) (sila perhatikan peta)
$40 (termasuk kudapan, makan tengah hari dan Pak Forum)
Percuma untuk anggota SDEA

Registration Form  

Khas Untuk:  Guru Bahasa Melayu, pendidik seni dan aktivis  budaya dan seni.
Untuk keterangan lanjut kunjungi lelaman www.sdea.org.sg

- Pembuka Tirai -  Seni perkongsian artis dari Teater Ekamatra, Teater Kami & Sri Anggerik
- Pak Forum – Nota, strategi pengajaran dan jurnal “Dramatise” yang bernilai $20
- 2  sesi pengajaran dan perbincangan kumpulan kecil–
   Sesi A: Untuk guru sekolah rendah
   Sesi B: Untuk guru sekolah menengah
 - Guru-guru boleh menggunakan dana Learning Development Scheme (LDS) untuk pendaftaran pembayaran forum.

Objektif Connections yang ditubuhkan pada tahun 2006 ingin mencetuskan dialog kritikal di antara para artis dan juga pendidik yang berkhidmat dalam sektor pendidikan dan pembangunan masyarakat. Melalui persembahan, penyelidikan dan kajian dalam bidang seni, Connections ingin memberi ruang perspektif yang baharu dan strategi untuk pembelajaran dan pengajaran.

Buat pertama kali, Connections memberi fokus kepada pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dan bagaimana bidang seni memainkan peranan yang penting untuk merangsang pembelajaran yang interaktif dan aktif.

Sekumpulan artis yang berpengalaman dalam bidang seni dan teater akan berkongsi kaedah- kaedah dan juga teknik mengajar. Namun begitu, sesi ini tidak akan lengkap tanpa perkongsian dari guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah.

Akhir kata, semoga apa yang akan dikongsi dapat merangsang anak-anak muda kita supaya mereka dapat menunjukan apresiasi, penghayatan dan cinta terhadap Budaya dan Bahasa Melayu.


Sesi pengajaran dan perbincangan kumpulan kecil

Sesi A: Untuk guru-guru sekolah rendah
Perkongsian dari guru-guru Sekolah Rendah Tampines - Nurhidaya Bte Mohd Sidik, Norisha Bte Ismail dan Haslinah Bte Osman.

Tajuk: Drama dan Cerita Rakyat dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Abstrak:
Perkongsian ini bertujuan untuk meneroka penyatuan drama dan cerita rakyat dalam pengajaran Bahasa Melayu. Dalam melakukan aktiviti yang berteraskan drama, guru dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah kemahiran berfikir, komunikasi, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran secara kontekstual. Di samping itu, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang berteraskan Pendidikan Nasional. Semua elemen ini dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan meningkatkan lagi daya apresiasi dalam penilian terhadap karya-karya sastera.

Sesi B: Untuk guru-guru sekolah menengah
Zahara Bte Saiman seorang guru sepenuh masa di Sekolah Menengah Yishun Town. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Pendidikan (Hons) dalam pengkhususan Bahasa Melayu di NIE. Beliau juga berkelulusan dalam pendidikan sekolah rendah dan menengah.

Minat beliau cenderung pada aspek seni dan budaya Melayu. Dalam pengajaran bahasa dan sastera, beliau berminat menggunakan drama sebagai wahana penyampai ilmu.

Tajuk: Peranan drama dalam menjana penulisan kreatif

Abstrak:
Perkongsian ini bertujuan meneroka teknik penggunaan tablo (tableau atau freeze-frame dalam istilah Inggeris) dalam membolehkan para pelajar menjana idea kreatif daripada cerita yang telah dibaca. Para pelajar akan dapat menghasilkan peleraian yang baharu dan unik, berbeza dengan penyelesaian cerita yang telah dibaca itu.

Turut serta:
Teatre Ekamatra, Teater Kami dan Sri Anggerik


Singapore Drama Educators Association (SDEA)
SDEA ialah sebuah persatuan yang menyokong pembangunan teater dan drama di Singapura.

Persatuan ini dikuatkuasakan oleh guru-guru dan artis yang berpengalaman. SDEA juga membuat kajian mengenai strategi dan cara pengajaran dalam pendidikan bidang seni dan persembahan.


Mengenai Teater Kami Limited

Ditubuhkan pada tahun 1989 oleh sekumpulan anak-anak muda yang bersemangat untuk memperjuangkan teater Melayu, Teater Kami Limited merupakan sebuah kumpulan teater dwibahasa yang mementaskan persembahan drama dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Teater Kami juga telah menyertai berbagai pesta seni anjuran Majlis Kebangsaan Singapura (National Arts Council).

Tahun 1997 pula merupakan tahun bersejarah dalam dunia seni teater Melayu Singapura, khususnya Teater Kami. Pertukaran status dari sebuah badan persatuan kepada syarikat (Limited), telah mencerminkan kesungguhan dan dedikasi para anggotanya dalam memperjuangkan teater Melayu.

Salina, Lantai T Pinkie, Roshomon, Tiga Dara Terbang ke Bulan, Munsyi, Geisha, Psikosis, Angin Menderu dan Perhiasan Kaca adalah di antara pementasan-pementasan yang menggambarkan kejayaan Teater Kami.

Teater Kami juga aktif melaksanakan program-program ke sekolah-sekolah seperti Assembly Programmes, Teater-Dalam-Pendidikan dan juga Bengkel Drama. Program-program ini telah berjaya menarik minat para pelajar yang mengikutinya.  Teater Kami percaya bahawa program-program seperti ini dapat membantu pelajar meluaskan dan menajamkan pemikiran mereka.

Hingga kini Teater Kami telah membuktikan yang ia masih lagi mampu menurap kearah mempersembahkan pementasan-pementasan yang berkualiti tinggi. Teater Kami berharap ia  dapat  mendidik anak-anak muda menghargai seni teater ini dengan penuh hormat pada diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling.


Teater Ekamatra

Teater Ekamatra adalah sebuah persatuan teater etnik yang mengetengahkan persembahan-persembahan teater yang relevan dan kontemporari. Usaha gigih yang dilaksanakan adalah semata-mata untuk menyokong lantas memartabatkan kedudukan para penggiat seni teater Melayu tanahair yang kaya dengan hasil karya asli mereka. Dipelopori oleh Saudara Lut Ali, iaitu seorang aktivis teater veteran, Teater Ekamatra merupakan salah sebuah pertubuhan kesenian setempat yang telah dianugerahkan Biasiswa Kesenian Tahunan yang dibiayai oleh Majlis Kesenian Kebangsaan sebagai pengiktirafan kegigihan dan kecekalan pertubuhan ini dalam memperkembangkan dan memanifestasikan dunia teater Melayu secara keseluruhannya.

Teater Ekamatra berazam untuk menggabungkan seni, nilai kemasyarakatan dan kepelbagaian budaya sebagai wadah hiburan dan pelajaran untuk membawa kesedaran dan perubahan sosial.

Pada dasarnya, Teater Ekamatra memupuk kesepaduan individu, kepelbagaian budaya dan nilai kesenian yang bermutu.

Registration Form  

 


Advocating and Advancing Drama/Theatre Education in Singapore

notice

Copyright© SDEA 2006